Salam Hijabers,
Sebelum kita melelapkan mata malam ni, admin nak berkongsi sedikit
ilmu ttg penjagaan tudung bawal. Yang tudung bawal biasa, selalunya anak2 dara
ni campak masuk mesin..hehe. Ok je tu (sbb admin penah buat) tetapi bagi tudung
bawal yang mempunyai perincian, cthnya manik, sulam, ribbon, labuci..etc
memerlukan penjagaan khusus. Berikut ialah kaedah
penjagaan tudung bawal:
Basuh dengan cucian tangan. Jangan gunakan kaki, berus atau mesin basuh.
Rendam seketika dengan serbuk pencuci. Jangan
gunakan peluntur. Gosok2 manja (jangal sental bersungguh2), bilas dan jemur.
Kalau boleh elak menggunakan softener sebab ia akan menyebabkan
tudung tersebut lembik dan sukar untuk dibentuk.
Elakkan menjemur directly bwh chaya matahari supaya ia tahan lebih lama dan warnanya
tidak pudar.
Untuk memastikan batu-batu kristal atau manik kekal melekat, gosok
dari sebelah dalam tudung. Lapikkan dengan kain lain pada belakang tudung bagi mengelakkan gam batu-batu cair dan melekat pada seterika.
Simpan tudung dengan menggantung di tempat gantung tudung, atau
mengikat di hujung tudung bawal di penyangkut baju.
Semasa memakai tudung, gunakan kerongsang yang mempunyai pin atau
jarum yang masih tajam bagi mengelakkan tudung tersebut berlubang-lubang dan
rosak, akibat tersangkut.
Credit to: Tudongshop
No comments:
Post a Comment