Wednesday 19 December 2012

Tips Penjagaan Tudung Bawal


Salam Hijabers,

Sebelum kita melelapkan mata malam ni, admin nak berkongsi sedikit ilmu ttg penjagaan tudung bawal. Yang tudung bawal biasa, selalunya anak2 dara ni campak masuk mesin..hehe. Ok je tu (sbb admin penah buat) tetapi bagi tudung bawal yang mempunyai perincian, cthnya manik, sulam, ribbon, labuci..etc memerlukan penjagaan khusus. Berikut ialah kaedah penjagaan tudung bawal:

      Basuh dengan cucian tangan. Jangan gunakan kaki, berus atau mesin basuh.
       Rendam seketika dengan serbuk pencuci. Jangan gunakan peluntur.  Gosok2 manja (jangal sental bersungguh2), bilas dan jemur.
        Kalau boleh elak menggunakan softener sebab ia akan menyebabkan tudung tersebut lembik dan sukar untuk dibentuk.
        Elakkan menjemur directly bwh chaya matahari supaya ia tahan lebih lama dan warnanya tidak pudar.
       Untuk memastikan batu-batu kristal atau manik kekal melekat, gosok dari sebelah dalam tudung. Lapikkan dengan kain lain pada belakang tudung  bagi mengelakkan gam batu-batu cair dan melekat pada seterika.
        Simpan tudung dengan menggantung di tempat gantung tudung, atau mengikat di hujung tudung bawal di penyangkut baju.
       Semasa memakai tudung, gunakan kerongsang yang mempunyai pin atau jarum yang masih tajam bagi mengelakkan tudung tersebut berlubang-lubang dan rosak, akibat tersangkut.
Credit to: Tudongshop

No comments:

Post a Comment